



Tentang Saya - Ezzam
Nama saya Ezzam. Saya mula berkecimpung dalam industri automotif sejak tahun 2015, bermula dengan menjual kereta terpakai sehingga tahun 2016. Kemudian, saya beralih kepada kereta recon pada tahun 2016 untuk mencari peluang dan pengalaman baru dalam segmen yang lebih premium.
Pada tahun 2017, saya menyertai syarikat kereta baru iaitu Nissan (Tan Chong Motor) di Serdang. Namun, disebabkan kekangan mendapatkan pelanggan di sana, saya mengambil keputusan untuk berpindah ke Toyota di cawangan Toyota Batu 10 Cheras pada tahun 2019.
Tahun 2024/2025 merupakan cabaran besar dalam industri automotif. Dahulu pesaing utama Toyota hanyalah Honda, tetapi kini pasaran dibanjiri oleh jenama baharu seperti GM Motor, Jaecoo, Jetour, BYD, dan lebih banyak lagi yang akan memasuki pasaran Malaysia.
Mulai Januari 2025, saya menyertai Perodua di Maluri Cheras dengan harapan untuk terus mencari rezeki dalam bidang ini. Saya amat menghargai masa anda membaca kisah perjalanan saya dalam industri jualan kereta. Tup tap tup tap, sedar tak sedar, dah 10 tahun saya berkecimpung dalam bidang ini.
Terima kasih atas sokongan anda!